21 Mei 2022 - 15:25
Ancaman nuklear Korea Utara agenda utama pertemuan Biden-Suk-yeol

SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatnya, Yoon Suk-yeol, akan berbincang bagi mencari jalan memecahkan kebuntuan diplomatik dengan Korea Utara berhubung ancaman senjata nuklear.

ABNA24 : Kebimbangan itu semakin memuncak selepas Kim Jong-un dijangka mungkin melakukan ujian nuklear baharu ketika Biden melawat Korea Selatan.

Ini adalah pertemuan pertama Biden dan Suk-yeol, sejak Presiden baharu Korea Selatan itu dilantik 11 hari lalu.

Bagaimanapun, pertemuan itu dilatari dengan maklumat perisikan bahawa pemimpin Korea Utara bersedia melancarkan ujian peluru berpandu dan nuklear.